Subkhiddin Yakin Sikap Hormat Mampu Pertahan Kemerdekaan

Diterbitkan: Sabtu, 30 Ogos 2014 11:29 AM

(Ubah saiz teks)

PENGADIL bola sepak Malaysia yang pernah menyertai Piala Dunia FIFA, Mohd Subkhiddin Mohd Salleh mengakui dirinya amat bertuah kerana berpeluang memperkenalkan Malaysia di mata dunia dengan cara tersendiri.

Menurut pengadil kelahiran Parit Buntar, Perak ini, setiap individu mendapat peluang berbeza-beza dalam kehidupan masing-masing.

"Saya tidak ada peluang untuk panjat gunung tertinggi dunia dan meletakkan bendera Malaysia di sana.

"Dan peluang saya adalah dalam bidang pengadilan. Apa yang saya capai setakat ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi ilmu ini akan digunakan sebaik-baiknya untuk generasi akan datang," jelasnya kepada mStar online.

Subkhiddin,48, pernah dilantik sebagai pengadil Piala Dunia FIFA bawah 20 Tahun 2007 di Kanada sebelum terbang ke Afrika Selatan sebagai pengadil keempat pada aksi Piala Dunia 2010.

"Sebagai wakil tunggal Malaysia yang terpilih menjadi pengadil dunia, sudah pasti saya amat berbangga kerana bendera kita turut menjadi tumpuan dunia walaupun saya tidak menjadi pengadil utama dalam perlawanan di sana.




"Saya tidak nafikan perasaan bangga ketika melihat bendera Malaysia ketika itu. Dengan sokongan peminat-peminat bola tanah air juga saya berada di sini," jelasnya yang bertugas sebagai seorang guru.

Jelas pengadil tunggal Malaysia yang dilantik sebagai Pengadil Elite Konfederasi Bola sepak Asia (AFC) ini, pembabitannya hingga ke peringkat dunia ini dianggap sebagai sumbangan kecil kepada negara.

"Saya terlibat dalam bidang ini dan amat penting bagi saya memastikan nama Malaysia sentiasa jadi sebutan. Secara tidak langsung tanggungjawab bukan sahaja di padang tetapi menjaga nama baik Malaysia.

"Apa yang pasti saya yakin sumbangan ini bermakna untuk nama Malaysia, lebih-lebih lagi untuk sukan bola sepak.

"Bagi memastikan bidang pengadilan ini terus mendapat pengiktirafan di mata dunia, saya akan cuba turut membantu meningkatkan lagi apa jua yang berkaitan," katanya.

Subkhiddin berkata, apa jua yang dilakukan, seseorang itu perlulah mempunyai rasa hormat.

"Dalam sukan bola sepak perkataan 'respect' dan 'fair play' adalah sesuatu yang penting."Saya yakin dua perkataan ini bukan sahaja perlu diamalkan di padang malah perlu ada di mana-mana.

"Negara kita aman damai kerana ada sikap hormat antara satu sama lain walaupun berlainan bangsa dan agama sekaligus memberi kita peluang untuk merasai nikmat erti kemerdekaan.

"Kalau tidak ada perasaan itu, pastinya akan menjadi kucar-kacir dan situasi buruk akan berlaku. Kita tidak sempat berjuang untuk memerdekakan negara, tetapi kita kini ada peluang mempertahankan kemerdekaan negara kita.

"Tidak kira di mana kita berada, sikap sayangkan negara amat penting," katanya yang turut bersyukur kerana Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-57 pada 31 Ogos ini.




iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan