Zaha Pemain 'Flop' Man Utd Bernilai £15 Juta Kembali Ke Palace

Diterbitkan: Khamis, 28 Ogos 2014 7:44 PM

Zaha kini kembali ke tempat asalnya, selepas tidak menjadi di Manchester United.

(Ubah saiz teks)

WILFRIED Zaha, pemain yang dibeli pada harga £15 juta oleh Sir Alex Ferguson pada Januari 2013 tetapi hanya berpeluang bermain selama 28 minit sahaja dalam saingan Liga Perdana Inggeris sepanjang dia berada di Manchester United kini telah kembali ke kelab asalnya, Crystal Palace secara pinjaman selama semusim.

Pemain sayap berusia 21 tahun itu dianggap sebagai bintang baru yang akan menyerlah oleh Ferguson tetapi sejak dia menyertai bekas juara Liga Perdana Inggersi itu, dia tidak memberikan sebarang aksi yang kelihatan seperti luar biasa.

Pengurus Palace yang baru, Neil Warnock memberitahu, bahawa dia telah bercakap dengan Zaha berhubung perpindahan tersebut.

"Ya saya ada bercakap dengannya pada malam Rabu selama setengah jam dan saya menyakinkannya kenapa dia perlu kembali ke pangkuan Palace dan saya optimistik yang perpindahannya akan menjadi nyata beberapa jam lagi," kata Warnock kepada portal berita Britain, Mail Online.

Zaha dilahirkan di Ivory Coast tetapi kemudiannya menukar kerakyatan kepada Inggeris telah bermain mewakili Palace sebanyak lebih 100 kali dalam tempoh tiga tahun dia bersama kelab itu.

Dia terpilih untuk bermain bersama pasukan England Bawah-21 Tahun tetapi dilihat tidak sesuai untuk bermain di bawah Louis van Gaal, sekaligus membuka laluan untuk dia berhijrah ke kelab lain.

Warnock yang baru sahaja dilantik sebagai pengurus Palace pada Rabu membuka peluang tersebut kepada Zaha semula.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan