Angel Di Maria Milik Man United, Bakal Beraksi Pada Sabtu

Diterbitkan: Selasa, 26 Ogos 2014 9:51 AM

(Ubah saiz teks)

ANGEL di Maria yang dikaitkan bakal beraksi bersama Manchester United akhirnya tiba di kem latihan kelab tersebut, Carrington pada Isnin.

Ketibaan pemain tengah Real Madrid itu bakal memecah rekod pemindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini apabila dia  diumum secara rasmi menjadi milik United dengan yuran pemindahan sebanyak lebih £59.7 juta.

On the look out: Di Maria peers out of his United car as he arrives for the completion of his transfer

Kumpulan pegawai dari United dilapor telah mengadakan perbincangan dengan pihak Real Madrid pada Ahad sebelum ia disambung ke Isnin bagi menurunkan yuran pemindahan sebanyak £75 juta yang diminta kelab gergasi Sepanyol itu.

Bayaran tambahan kepada Madrid akan dibuat oleh United jika pemain itu mempamerkan aksi memberangsangkan serta mempunyai prospek memenangi anugerah Ballon D'or.

Bagaimanapun United berharap dapat memperkenalkan Di Maria secara rasmi pada Selasa sebelum membuat pendaftaran bagi membolehkan pemain terbabit beraksi pada Sabtu ini.

Pemain Argentina dilihat  bersama peminatnya di Lapangan Terbang Madrid pada petang Isnin sebelum berlepas ke Manchester menerusi jet peribadi untuk menemui pengendali United, Louis van Gaal.

World class: Di Maria has been a key figure for both Real Madrid and Argentina over the past few years




Tags / Kata Kunci: Manchester United , Real Madrid

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan