Ini Tidak Cukup Baik Untuk Manchester United

Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 7:32 AM

Louis van Gaal

(Ubah saiz teks)

LOUIS van Gaal tidak kagum dengan Manchester United setakat ini dan memberi amaran bahawa kejayaan mungkin sukar dikecapi jika keadaan seperti ini berterusan.

Manchester United meneruskan permulaan hambar mereka musim ini dengan seri 1-1 menentang Sunderland, di mana keputusan tersebut meletakkan mereka di kedudukan kurang selesa.

Jurulatih baharu Louis van Gaal menuntut peningkatan daripada pasukannya.

"Itu tidak baik cukup untuk Manchester United. Cara bola disampaikan kepada pemain lain tidak baik, kita perlu membuat hantaran yang lebih kreatif.

"Kami perlu membuat hantaran kreatif ketika dua pertiga perlawanan berlangsung tetapi bola kami tidak begitu baik. Kami telah mendominasi tanpa mencipta peluang," katanya.

Dia berkata kelab itu tidak banyak mencipta peluang dan itu sangat mengecewakannya.

"Para pemain amat mengecewakan, kami fikir kami akan menang hari ini tetapi hanya mempunyai satu mata.

"Kami berlatih menendang dan membuat hantaran setiap hari. Tetapi kami perlu memperbaiki prestasi dan banyak yang perlu diusahakan," katanya.

Namun, dia mengakui pemainnya telah menjaringkan gol yang hebat pada separuh masa pertama.

Pada babak kedua, dia melihat pemainnya bermain lebih baik dan boleh mewujudkan lebih banyak peluang, tetapi tidak mempunyai hantaran kreatif di saat-saat akhir perlawanan.

Dengan keputusan ini United mengutip mata pertama dalam Liga Perdana Inggeris di bawah bimbingan van Gaal.

Gol United disumbang Juan Mata pada minit ke-17 manakala Sunderland menyamakan kedudukan menerusi hasil sepakan sudut Seb Larsson yang kemudian ditanduk masuk oleh Jack Rodwell pada minit ke-30.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan