Di Maria Milik Man United Dalam Tempoh 24 Jam?

Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 10:12 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah Real Madrid, Angel di Maria bakal menjadi milik Manchester United dalam tempoh 24 jam menerusi yuran perpindahan sebanyak  £63.9 juta, lapor Mirror Sport.

Pemain tengah Argentina itu bakal melengkapkan perpindahan ke United dengan menandatangani kontrak selama lima tahun dan menerima gaji sebanyak  £190,000 seminggu.

Bintang berusia 26 tahun itu dijangka tiba di Manchester pada Isnin untuk menjalani ujian perubatan sebelum menandatangani kontrak.

Di Maria dijangka diberikan jersi nombor 7 yang pernah disarung oleh tiga lagenda kelab berkenaan iaitu  George Best, Eric Cantona dan David Beckham.

Menerusi pembelian tersebut, United bakal membuat pendaftaran secepat mungkin bagi membolehkan Di Maria membantu kelab itu ketika bertemu Burnley pada Sabtu ini.

Dengan pembelanjaan sebanyak £63.9 juta untuk Di Maria, ia menjadikan United sebagai kelab bola sepak Eropah yang mengeluarkan perbelanjaan tertinggi pada musim ini.

Termasuk pembelian Di Maria, United telah membelanjakan sebanyak  £170 juta dalam mendapatkan Juan Mata (£37.5 juta), Ander Herrera (£28.8 juta), Luke Shaw (£27 juta) dan Marcos Rojo (£16juta).



Tags / Kata Kunci: Manchester United , Real Madrid

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan