Berita Baik Buat Peminat United: Mereka Masih Kejar Di Maria & Khedira

Diterbitkan: Jumaat, 22 Ogos 2014 7:38 PM

Dua pemain Real Madrid yang masih diburu oleh Manchester United, Angel Di Maria (kiri) dan Sami Khedira.

(Ubah saiz teks)

NAMPAKNYA masih ada berita gembira sedang menunggu para peminat Manchester United apabila pihak pengurusan kelab itu sedang meneruskan usaha membawa masuk sekurang-kurangnya dua lagi pemain ternama sebelum akhir bulan ini bagi melengkapkan pasukan baru Louis Van Gaal untuk merampas kembali takhta Liga Perdana Inggeris.

Tidak sepertimana di era Sir Alex Ferguson yang mempunyai masa untuk membentuk bakat-bakat muda dari akademi kelab itu tetapi kini situasinya sangat-sangat jauh berbeza kerana masa tidak boleh lagi menunggu untuk mempertahankan status sebuah kelab juara.

Apabila United merudum dari sebuah kelab juara dan berakhir di tangga ketujuh liga, ia adalah situasi yang tidak dapat diterima bukan sahaja oleh para peminat kelab tersebut tetapi juga kepada pendapatan serta statusnya sebagai juara.

Mahkota yang hilang itu harus dirampas semula seberapa segera yang boleh dan ia hanya boleh dilakukan dengan kemasukan bintang-bintang seperti Angel Di Maria dan Sami Khedira.

Kedua-dua pemain itu enggan menandatangani kontrak dan perjanjian baru dengan Real Madrid pada Khamis dan ini sekali lagi membuka pintu kepada United untuk mendapatkan pemain yang mereka kejar selama ini.

Real mempunyai opsyen jika Di Maria dan Khedira meninggalkan mereka ekoran kedatangan dua bintang baru Piala Dunia iaitu Toni Kroos dan juga James Rodriguez.

United tidak mempunyai Opsyen melainkan memperolehi pemain bertaraf dunia untuk bangkit dari malapetaka yang sedang melanda mereka sekarang.

United tewas mengejut 1-2 kepada Swansea dalam perlawanan pembukaan liga minggu lalu di mana mereka kehilangan sembilan pemain utama akibat kecederaan dan mereka tidak boleh berterusan begini jika ingin bangkit semula.

Apa yang memberansangkan ialah janji Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward yang kelab itu akan membawa masuk sekurang-kurangnya dua pemain bintang lagi sebelum pintu perpindahan musim ini ditutup pada 1 September depan.

United setakat ini hanya membawa masuk tiga pemain baru sahaja iaitu Luke Shaw (pertahanan) dari Southampton, Anders Hererra dari Atletico Bilbao (tengah) serta yang terbaru Marcos Rojo (pertahanan) dari Sporting Lisbon.

Malangnya, Shaw telah mengalami kecederaan otot dan tidak dapat beraksi selama lebih sebulan manakala Rojo baru sahaja menyertai kelab itu beberapa hari sudah selepas perlawanan pertama liga berlangsung.

United berhadapan dengan krisis di bahagian pertahanan tetapi dengan kehadiran Rojo, 24, yang merupakan pemain pertahanan terbaik Piala Dunia 2014 (mewakili Argentina), semangat United kembali membuak.

Mereka juga berharap Robin van Persie akan kembali cergas untuk digandingkan bersama Wayne Rooney di bahagian serangan dalam perlawanan menentang Sunderland di tempat lawan jam 11 malam (waktu Malaysia) Ahad ini.

Sejak selesai Piala Dunia di mana Belanda mendapat tempat ketiga, van Persie diberikan rehat panjang oleh van Gaal bagi membolehkan dia bebas dari stres dan bersedia secara fizikal dan mental untuk kembali ke perlawanan liga.

Van Persie tidak turun beraksi minggu lalu tetapi sepanjang minggu ini dia telah kembali berlatih bersama pasukannya dan diharapkan sudah cukup cergas untuk diturunkan hujung minggu ini.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan