Angel Di Maria Mohon Pindah Kelab

Diterbitkan: Khamis, 21 Ogos 2014 8:33 PM

Angel Di Maria mahu meninggalkan Real Madrid dan enggan tandatangan pelanjutan kontrak baru.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN sayap yang dianggap sebagai yang terbaik di dunia, Ángel Di María telah memaklumkan secara rasmi kepada kelabnya Real Madrid yang dia berhasrat untuk berpindah kelab.

Menurut pengurus Real, Carlo Ancelotti, Di Maria menyatakan hasratnya itu ketika dia menolak tawaran pelanjutan kontrak.

Di María, 26, dikaitkan dengan Manchester United dan juara Perancis PSG sejak beberapa minggu lalu tetapi harganya yang mahal masih menghalang sebarang perpindahan menjadi realiti.

“Di María telah menolak tawaran Real untuk melanjutkan kontraknya malah dia menyatakan hasratnya untuk berpindah kelab. Jadi sekarang dia harus mencari penyelesaian kepada permasalahan ini. Tapi jika menjelang tarikh tutup perpindahan dia masih di sini, itu bermakna dia akan terus berlatih dan bermain bersama kami sepertimana musim lalu," ujar Ancelotti.

Sehingga 31 Ogos ini, jelas Ancelotti, Di Maria masih milik Real Madrid.

Tarikh akhir perpindahan di Eropah ialah pada 1 September ini.

Sementara itu, Ancelotti turut mendedahkan yang seorang lagi pemain tengah, iaitu pemain antarabangsa Jerman, Sami Khedira turut menolak tawaran pelanjutan kontrak.

Pemain berusia 27 itu sedar yang peluangnya untuk menjadi pemain regular pada musim baru nanti sangat mencabar dengan ketibaan rakan senegaranya dari Bayern Munich, Toni Kroos dan juga pemain Colombia, James Rodríguez.

“Berbeza dengan situasi Di María, Khedira tidak memohon untuk berpindah kelab. Dia masih ada setahun lagi baki kontrak. Kita tengok nanti bagaimana kemudian,” ujar Ancelotti.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan