Dunga Singkir 13 Pemain Piala Dunia Brazil

Diterbitkan: Rabu, 20 Ogos 2014 5:58 PM

Pengurus skuad bolasepak Brazil yang baru, Dunga.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS baru Brazil, Dunga memulakan era keduanya bersama skuad itu dengan menyingkirkan 13 pemain dalam skuad Piala Dunia apabila dia menamakan pemain-pemainnya untuk dua perlawanan persahabatan tidak lama lagi.

Dan pemain Liverpool, Philippe Coutinho merupakan salah seorang pemain yang dipanggil semula manakala Neymar yang mengalami kecederaan yang menyaksikan dia terlepas perlawanan separuh akhir Piala Dunia turut disenaraikan.

Penjaga gol veteran, Julio Cesar, bek kanan Barcelona, Dani Alves, pemain tengah Real Madrid, Marcelo dan pemain tengah Tottenham Paulinho merupakan nama-nama besar yang disingkirkan dari skuad Dunga untuk berhadapan dengan Colombia dan Ecuador.

Kapten pasukan, Thiago Silva tidak disenaraikan kerana masih dibelenggu kecederaan.

Senarai penuh pemain skuad kebangsaan Brazil:

Penjaga Gol: Jefferson (Botafogo), Rafael (Napoli).

Pertahanan: Maicon (AS Roma), Filipe Luis (Chelsea), Alex Sandro (FC Porto), Danilo (FC Porto), David Luiz (Paris Saint-Germain), Marquinhos (Paris Saint-Germain), Gil (Corinthians), Miranda (Atletico Madrid).

Tengah: Fernandinho (Manchester City), Luiz Gustavo (VfL Wolfsburg), Elias (Corinthians), Ramires (Chelsea), Everton Ribeiro (Cruzeiro), Ricardo Goulart (Cruzeiro), Oscar (Chelsea), Willian (Chelsea), Philippe Coutinho (Liverpool).

Penyerang: Hulk (Zenit St Petersburg), Neymar (FC Barcelona), Diego Tardelli (Atletico Mineiro).

Tags / Kata Kunci: Dunga , Brazil , Piala Dunia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan