Penyokong Man United Rancang Protes Terhadap Keluarga Glazer

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 9:26 AM

(Ubah saiz teks)

PENYOKONG Manchester United dijangka akan mengadakan protes jika pemilik kelab itu, Keluarga Glazer gagal membawa masuk pemain bertaraf bintang bagi memulihkan skuad berkenaan.

Berbaki 10 hari sebelum tingkap perpindahan ditutup, pengendali kelab itu, Louis van Gaal dilihat masih menunggu ketibaan pemain baharu yang mampu membantunya membawa United ke kedudukan teratas liga.

Ketua Eksekutif kelab, Ed Woodward masih berharap dapat memuktamadkan urusan pembelian pertahanan Sporting Lisbon, Marcos Rojo serta berjaya memikat pemain tengah Real Madrid, Angel di Maria meskipun tidak dapat menjanjikan aksi saingan Eropah kepadanya.

United juga sedang mendapatkan pemain Ajax dan Belanda, Daley Blind.

Protest: Manchester United fans remain far from happy with the club's owners the Glazer family

Penyokong United marah dan bimbang terhadap masa depan kelab itu kerana masih belum membawa masuk pemain baharu meskipun ia sepatutnya bermula pada awal Julai ketika saingan Piala Dunia memasuki pusingan akhir.

Peminat United dijangka akan mengadakan protes pada perlawanan menentang QPR di Old Trafford pada 14 September ini.

Perlawanan itu merupakan yang pertama di laman sendiri selepas tingkap pemindahan pemain ditutup pada September.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Real Madrid

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan