Costa Sumbat Gol Pertama The Blues

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 11:52 AM

Costa (depan) menjaringkan gol pertama buat Chelsea ketika menentang Burnley awal pagi Selasa.

(Ubah saiz teks)

BEKAS penyerang Atletico Madrid, Diego Costa berjaya membuka jaringan pertama Chelsea minit ke-17 pada aksi pertamanya untuk pasukan itu dalam dengan pertemuan Burnley pada perlawanan Liga Perdana Inggeris awal pagi Selasa.

Bagaimanapun, Chelsea dikejutkan dengan jaringan awal pemain tuan rumah, Scoot Arfield pada minit ke-14 sekaligus menjadi harapan kepada penyokong-penyokong mereka untuk sekali lagi mencatat rekod kemenangan perlawanan pertama seperti mana kenangan menewaskan Manchester United pada musim 2009-10 dahulu.

Namun jaringan awal Arfield itu dipadamkan hanya tiga minit kemudian oleh Costa yang dibeli dari Atletico Madrid dengan harga 32 juta pound selepas temasya Piala Dunia.

André Schürrle menambah satu lagi gol untuk Chelsea sebelum pemain pertahanan Branislav Ivanović menjaringkan gol ketiga pada minit ke-34 buat pasukan bimbingan Jose Mourinho ini.

Kedudukan terikat 3-1 sehingga tamat masa perlawanan penuh.

Perlawanan itu juga menyaksikan seorang lagi pemain Atletico, penjaga gol Courtois diturunkan buat pertama kalinya mewakili Chelsea selepas tiga musim dipinjamkan kepada juara La Liga tersebut.

Senarai pemain:

Burnley: Heaton, Trippier, Shackell, Duff, Mee; Arfield, Jones, Marney, Taylor, Ings, Jutkiewicz (simpanan):Kightly , Sordell, Barnes.

Chelsea: Courtois, Ivanovic, Cahill, Terry , Azpilicueta, Fabregas, Matic, Schurrle, Oscar 7, Hazard, Diego Costa 7. (simpanan) : Mikel, Willian, Drogba.

Tags / Kata Kunci: chelsea , burnley

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan