Hilang Diri Kerana Ingin Ke Man United, Rojo Akui Bersalah

Diterbitkan: Isnin, 18 Ogos 2014 11:21 AM

(Ubah saiz teks)

PERTAHANAN Sporting Lisbon, Marcos Rojo akan kembali menjalani latihan bersama kelabnya pada Isnin selepas menghilangkan diri apabila dikaitkan dengan pemindahan ke Manchester United.

Pemain Argentina berusia 24 tahun itu didakwa enggan menghadiri latihan bagi mendesak dia dilepaskan ke United secepat mungkin.

Bagaimanapun pada Ahad, Rojo memberitahu akan kembali menjalani latihan pada minggu ini sekaligus menyelesaikan masalah yang timbul.

"Ianya salah faham. Saya meminta maaf terhadap apa yang berlaku kerana saya berasakan telah bertindak secara tidak profesional.

"Mengenai karier saya terpulanglah kepada Sporting. Sekarang saya sedang berusaha membetulkan keadaan. Semasa Sporting menandatangani saya, itu merupakan masa terbaik dan saya mengucapkan terima kasih kepada kelab," katanya dalam temuramah saluran televisyen rasmi Sporting.

Rojo berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan ketika mewakili Argentina pada Saingan Piala Dunia lalu.

Pemain terbabit berhijrah ke Sporting dari Spartak Moscow pada 2012.

Pada perlawanan pembukaan Primeira Liga pada Ahad, Rojo dipinggirkan oleh jurulatih, Marco Silva gara-gara tindakannya yang enggan menjalani latihan bersama kelab.



Tags / Kata Kunci: Sporting Lisbon , Manchester United

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan