Bekas Ketua Skuad Bola Sepak Negara Meninggal Dunia

Diterbitkan: Ahad, 17 Ogos 2014 6:00 PM

Abdullah Yeop Noodin

(Ubah saiz teks)

IPOH: Bekas ketua skuad bola sepak kebangsaan era 60-an dan 70-an, Abdullah Yeop Noordin meninggal dunia akibat sesak nafas ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, awal pagi Ahad.

Abdullah, yang berusia 74 tahun, meninggal dunia pada 2.05 pagi.

Allahyarham meninggalkan isteri, Zoraida Kamaruzzaman, 71, serta lima anak iaitu Arnez, 49, Arneza, 48, Ariez, 47, Arieza, 43, dan Nor Azam, 38, serta 12 cucu dan empat cicit.

Arneza berkata, jenazah bapanya dikebumikan pada 11.45 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tasek Bercham selepas disembahyangkan di Masjid Kampung Tersusun Bercham Tasek.

Menurutnya, bapanya mengalami batuk teruk ketika sedang menonton televisyen di rumahnya di Taman Gerbang Bercham Selamat di sini pada 12.30 tengah malam.

"Bapa saya menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, namun pemeriksaan baru-baru ini menunjukkan kedua-dua penyakitnya itu terkawal dan hanya dirawat untuk batuknya baru-baru ini," katanya ketika dihubungi Bernama, Ahad.

Beliau berkata, bapanya, yang juga merupakan Pengajar Kokurikulum Bola Sepak di Universiti Teknologi Petronas sejak 15 tahun lepas, mengalami batuk teruk sejak dua hari lepas sehingga menyebabkannya sukar bernafas.

Allahyarham, yang dahulunya digelar 'harimau berantai' kerana corak permainannya yang hebat, pernah berkhidmat seabgai Pegawai Sukan di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) selepas menjadi jurulatih pasukan Perak selama setahun pada 1988.

Abdullah pernah sepasukan dengan allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat, allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dan mendiang R.Arumugam.


Tags / Kata Kunci: Abdullah Yeop Noordin , bola sepak

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan