Sentuhan Van Gaal Belum Menjadi, Tewas 2-1 Kepada Swansea

Diterbitkan: Sabtu, 16 Ogos 2014 10:03 PM

Van Gaal (kanan) tunjuk kecewa selepas anak buahnya gagal menyekat kemaraan Swansea.

(Ubah saiz teks)

PERLAWANAN pertama Louis van Gaal sebagai pengurus Manchester United berakhir dengan kekecewaan selepas tewas 1-2 kepada Swansea City di Old Trafford, Sabtu.

Walaupun mendominasi permainan, United gagal mewujudkan banyak peluang penting dan hilang seorang pemain baharu, Jesse Lingard yang mengalami kecederaan ketika pertengahan separuh masa pertama. 

Swansea bermain secara menyerang dan tiga pemain bahagian belakang United gagal menghalang Gylfi Sigurdsson yang menghantar bola rendah kepada Ki Sung-Yeung sekaligus  menjaringkan gol pertama pada minit ke-28.

Pada babak kedua, Van Gaal menukar formasi permainan kepada 4-4-2 memasukkan Nani dan menukarkan Ashley Young di bahagian kiri pertahanan. 

Pada mulanya ia dilihat berjaya  sebelum kapten pasukan Wayne Rooney menyamakan kedudukan pada minit ke-53.

Namun sebagai pemain sayap yang bermain di bahagian pertahanan amat berisiko bagi Young yang kelihatan  sedikit goyang dengan posisinya itu sehingga membawa Sigurdsson menyempurnakan gol kedua buat Swansea pada aksi ke-72.

Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat permainan yang menyaksikan Swansea mencatat sejarah tersendiri dengan memenangi perlawanan di Old Trafford buat kali pertama sejak liga perdana diperkenalkan.

Dalam pada itu, perlawanan pembukaan liga kali ini menyaksikan pengadil Mike Dean menggunakan 'spray' untuk membuat garisan  buat kali pertama sebelum pemain mengambil sepakan percuma.


Senarai pemain:

MANCHESTER UNITED: De Gea; Jones, Smalling, Blackett; Lingard, Fletcher, Herrera, Young; Mata; Rooney, Hernandez (simpanan) Amos, James, M Keane, Fellaini, Kagawa, Nani, Januzaj.

SWANSEA CITY: Fabianski, Rangel, Amat, Williams, Taylor, Ki, Shelvey, Dyer, Sigurdsson, Routledge, Bony (simpanan) Tremmel, Bartley, Richards, Tiendalli, Montero, Sheehan, Gomis.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan