Pengurus Terbaik Liga Perdana Inggeris Letak Jawatan Serta Merta

Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 10:54 AM

Tony Pulis (kiri) melepaskan jawatan sebagai pengurus Crystal Palace serta merta selepas berbalah dengan Pengerusi Steve Parish (kanan).

(Ubah saiz teks)

PENGURUS terbaik Liga Perdana Inggeris musim lalu, Tony Pulis membuat keputusan mengejut dengan meninggalkan Crystal Palace serta merta kurang 48 jam sebelum bermulanya musim baru Sabtu ini.

Tindakan Pulis, 56, meletakkan jawatan dikatakan berpunca daripada perbalahan mengenai isu pembelian dan penjualan pemain.

Bagaimanapun, pihak kelab mengumumkan yang Pulis meninggalkan mereka atas persetujuan bersama.

Pulis, yang mengambil alih jawatan pengurus pada November tahun lalu berjaya mengekalkan kelab itu dalam Liga Perdana walaupun pada ketika itu mereka berada di kalangan tiga kelab tercorot dan diambang penyingkiran.

Dengan keputusannya untuk melepaskan jawatan itu, pembantunya, Dave Kemp telah diminta untuk menguruskan kelab itu secara interim sekurang-kurangnya untuk satu perlawanan iaitu menentang Arsenal Sabtu ini.

Kemp sepertimana Pulis turut menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Palace.

Krisis di antara Pulis dengan pihak pengurusan kelab bermula sebaik sahaja musim lalu berakhir Mei lepas.

Dia berhasrat untuk membuat perubahan secara menyeluruh tetapi pihak kelab merasakan mereka perlu berhati-hati dalam membelanjakan wang membeli pemain baru.

Pulis mahu membawa masuk Steven Caulker, Michu dan Gylfi Sigurdsson tetapi kesemua permintaannya itu ditolak mentah-mentah oleh kelab kerana kos perpindahan yang tinggi.

Sejak Palace diletakkan di bawah pentadbiran kewangan sebanyak dua kali kerana berbelanja melebihi kemampuan, pengerusi sekarang,  Steve Parish yang memiliki kepentingan sebanyak 25 peratus di dalam kelab tersebut mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati dan berhemah untuk mengelakkan tragedi yang sama berulang.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan