Alberto Moreno Didakwa Anak Alonso-Gerrard - Bola Sepak | mStar

Alberto Moreno Didakwa Anak Alonso-Gerrard

Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 7:45 PM

(Ubah saiz teks)

WAJAH pemain baharu Liverpool, Alberto Moreno dijadikan kisah skandal lucu oleh media England dengan mengaitkan dia sebagai anak hasil hubungan Xabi Alonso dengan Steven Gerrard.

Dakwaan itu tersebar gara-gara wajah pemain pertahanan terbabit yang seiras Alonso dan Gerrard.

Dakwaan yang menjadi viral itu dikuatkan dengan gambar Alonso dan Gerrard yang dirakam bercium ketika Liverpool memenangi Piala Liga Juara-juara Eropah pada 2005. (gambar bawah)

Disebabkan keistimewaan Moreno sebagai 'anak' kepada dua pemain terbabit juga, Liverpool didakwa sanggup membelanjakan sebanyak £12 untuk mendapatkannya.

Bekas pemain Sevilla berusia 22 tahun itu merupakan pelaburan baharu Liverpool dalam usaha mengejar kejuaraan Liga Perdana Inggeris.


Tags / Kata Kunci: Liverpool
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan