Ranking Dunia: Malaysia Turun Empat Anak Tangga Pada Ogos

Diterbitkan: Khamis, 14 Ogos 2014 7:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menduduki tempat ke-155 dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) bulan ini, yang menyaksikan skuad negara turun empat anak tangga berbanding Julai.

Kedudukan itu berikutan kekalahan skuad Harimau Malaya 1-4 kepada Tajikistan pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Central, Dushanbe, Tajikistan Jumaat lepas.

Menurut senarai yang dikeluarkan Fifa, pasukan Malaysia kendalian Dollah Salleh itu berkongsi tempat ke-155 bersama pasukan Puerto Rico.

Malaysia berada di tangga ke-154 pada Januari, 150 (Februari), 141 (Mac),142 (April), 145 (Mei), 153 (Jun) dan ke-151 dunia pada Julai.

Kedudukan terbaharu itu turut meletakkan skuad kebangsaan sebaris dengan beberapa pasukan seperti Guyana (153), Swaziland (158) serta St. Kitts and Nevis pada ranking ke-159 dunia.      

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia turun dua anak tangga untuk berada di tangga kelima di belakang Filipina (128), Vietnam (139), Singapura (152) dan Indonesia (153).

Di peringkat Asia, Malaysia juga menurun tiga anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-29 daripada 46 negara.   

Juara Piala Dunia 2014, Jerman, pula mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,736 mata.

Finalis Piala Dunia 2014, Argentina dan Belanda turut mengekalkan kedudukan sebagai pasukan kedua dan ketiga terbaik apabila masing-masing mengutip 1,604 dan 1,507 mata.   

Kedudukan ranking Fifa itu melibatkan 209 negara.

Tags / Kata Kunci: fifa , ranking dunia , Malaysia

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan