Pemain Sayap Perancis Franck Ribéry Umum Persaraan

Diterbitkan: Khamis, 14 Ogos 2014 6:50 PM

Pemain sayap Perancis, Franck Ribery umum persaraan di peringkat antarabangsa.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN sayap Perancis, Franck Ribéry pada Khamis mengumumkan persaraannya dari arena antarabangsa sekaligus mengikut jejak langkah pemain Manchester City Samer Nasri.

Ribery tidak beraksi di pentas Piala Dunia di Brazil pada Jun lalu kerana kecederaan belakang yang dialaminya semasa latihan hanya beberapa minggu sebelum kejohanan bolasepak terbesar di muka bumi itu bermula.

“Ya saya mengambil keputusan untuk menamatkan karier saya di peringkat antarabangsa...masanya telah tiba,” kata Ribéry dalam satu temuramah dengan sebuah majalah sukan Jerman 'Kicker'.

Ribéry pernah bermain dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2006 dan pada tahun lalu terpilih sebagai pemain terbaik Eropah menegaskan telah tiba masanya untuk para pemain muda pula mengalas tanggungjawab di peringkat antarabangsa.

“Kini saya mahu memberi fokus ke atas keluarga saya dan kemudian Bayern Munich, itu sahaja,” ujarnya lagi.

Ribéry, yang telah mewakili Perancis sebanyak 81 kali dan menjaringkan 16 gol cuba sedaya upaya untuk kembali cergas sebelum Piala Dunia bermula tetapi gagal.

Perancis tewas kepada Jerman di peringkat suku akhir.

Tags / Kata Kunci: Franck Ribery , Perancis , Piala Dunia , Samer Nasri

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan