Gerardo Martino Dilantik Pengurus Baharu Argentina

Diterbitkan: Rabu, 13 Ogos 2014 8:58 PM

Gerardo Martino. Foto AP

(Ubah saiz teks)

BEKAS pengurus Barcelona, Gerardo Martino dilantik sebagai pengurus baharu bagi pasukan yang menjadi naib juara Piala Dunia 2014, Argentina bagi menggantikan Alenjandro Sabella.

Martino, 51, meninggalkan Barcelona pada akhir musim lepas selepas setahun pasukan itu gagal memenangi sebarang trofi utama buat pertama kali sejak 2007-2008.

Beliau merupakan bekas pengurus Paraguay dari 2006 hingga 2011, dan membawa pasukan itu ke suku akhir Piala Dunia 2010.

Sabella meninggalkan Argentina selepas pasukan itu ditewaskan oleh Jerman menerusi jaringan 1-0 dalam perlawanan akhir Piala Dunia. - bbc.com


Tags / Kata Kunci: Gerardo Martino , Argentina

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan