Ed Woodward Bergegas Untuk Dapatkan Di Maria, Rojo & Blind Dengan Dana £80 Juta

Diterbitkan: Rabu, 13 Ogos 2014 1:30 PM

Angel Di Maria, kini diburu oleh Manchester United atas permintaan Louis van Gaal.

(Ubah saiz teks)

HANYA tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum tempoh pintu perpindahan pemain-pemain bolasepak profesional Eropah ditutup, Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward bergegas untuk memeteraikan pembelian tiga sasaran utama mereka iaitu Angel di Maria dari Real Madrid, Marcos Rojo dari Sporting Lisbon dan Daley Blind dari Ajax.

Woodward kini dilaporkan telah berangkat ke Cardiff di Wales untuk bertemu dengan eksekutif Real Madrid untuk membincangkan soal pembelian Di Maria.

Real menuntut bayaran sehingga £50 juta untuk pemain tengah Argentina itu tetapi Woodward berusaha untuk mendapatkan diskaun seberapa banyak yang boleh. Jika usaha itu pun gagal, mungkin opsyen kedua United ialah dengan mengemukakan bayaran secara berperingkat.

Manchester United bagaimanapun sudah bersiap sedia dengan dana sebanyak £80 juta untuk ketiga-tiga pemain berkenaan.

Yang pasti Woodward tidak boleh kembali ke Manchester dengan tangan kosong. Sekurang-kurangnya dia mesti kembali dengan salah seorang daripada tiga pemain itu.

Di Maria dianggap sebagai salah seorang pemain sayap terbaik dunia oleh pengurus United sendiri, Louis van Gaal manakala Rojo terpilih sebagai salah seorang pemain terbaik Piala Dunia oleh Fifa. Rojo adalah pemain bek tengah Argentina.

Di Maria sepatutnya berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG) tetapi rundingan mengenai perpindahannya itu gagal selepas juara Perancis itu menyifatkan £50 juta sebagai terlalu tinggi selepas mereka membelanjakan jumlah yang sama untuk membeli pemain pertahanan Brazil dan Chelsea, David Luis.

Dua orang bekas pengurus United iaitu Sir Alex Ferguson dan David Moyes sebelum ini cuba mendapatkan pemain berusia 26 tahun itu sebelum ini tetapi tidak berhasil.

Sementara itu Rojo pula telah mengemukakan notis memohon perpindahan kepada kelabnya Sporting Lisbon pada Selasa sekaligus menguatkan lagi spekulasi yang mengaitkannya dengan United.

Lisbon sebelum itu telah menolak bidaan Southampton pada harga £9.5 juta dan dipercayai hanya akan menerima tawaran yang melebihi £18 juta. Hanya United yang berupaya menyediakan dana sebanyak itu.

Pada masa yang sama Blind yang dinilaikan berharga £15 juta oleh Ajax, juga telah menunjukkan minat serta hasrat untuk kembali bermain di bawah bekas jurulatih kebangsaannya itu di United.

Apa yang menakjubkan ialah semua pemain yang dianggap sebagai pemain flop pada era David Moyes telah memperlihatkan peningkatan keupayaan yang mendadak di bawah bimbingan van Gaal termasuklah pemain antarabangsa Belgium, Marouane Fellaini yang bermain dengan cemerlang dan menjaringkan gol kemenangan United dalam perlawanan persahabatan terakhir mereka menentang Valencia di Old Trafford pada petang Selasa.

Van Gaal dilaporkan memberitahu Fellaini, 26, yang dia mahu terlebih dahulu melihat pemain itu membuktikan keupayaannya sebelum membuat keputusan muktamad sama ada mahu membuka pintu perpindahan.

Dalam perlawanan menentang Valencia itu, Fellaini bermain buat pertama kalinya di bawah bimbingan van Gaal sejak pengurus itu mengambil alih kepimpinan United dari tangan Moyes.

Fellaini tidak terlibat dalam siri perlawanan persahabatan United di Amerika Syarikat selepas dia diberi lanjutan cuti kerana terlibat dalam temasya Piala Dunia di Brazil.


iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan