QPR Sahkan Pelantikan Glenn Hoddle Sebagai Jurulatih

Diterbitkan: Selasa, 12 Ogos 2014 7:34 PM

Bekas pengurus pasukan kebangsaan England, Glenn Hoddle kini jurulatih kelab Liga Perdana Inggeris, QPR.

(Ubah saiz teks)

KELAB Liga Perdana Inggeris milik taikun Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes iaitu Queens Park Ranger (QPR) pada Selasa mengesahkan pelantikan bekas pengurus England, Glenn Hoddle sebagai jurulatih skuad utama berkuat-kuasa serta merta.

Bekas bintang England, Chelsea dan Tottenham Hotspurs berusia 56 tahun itu akan dibantu oleh dua lagi jurulatih berpengalaman,iaitu Kevin Bond dan Joe Jordan sebagai sebahagian daripada pasukan kejurulatihan pengurus pasukan, Harry Redknapp.

Pengambilan Hoddle itu dilihat sebagai mengesahkan cakap-cakap di kalangan para pemerhati bolasepak yang Redknapp sepertimana pengurus Manchester United, Louis van Gaal mahu turut menerapkan formasi kontinental iaitu 3-5-2 di dalam sistem permainan mereka.

Hoddle adalah di antara jurulatih paling awal dalam dunia bolasepak Inggeris yang meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada keberkesanan sistem berkenaan.

Formasi ini bergantung kepada kepantasan pemain sayap kiri dan kanan yang juga bertindak sebagai pemain bek.

“Saya berasa sangat gembira dengan kedatangan Glenn...saya sebenarnya sangat bertuah,” ujar Redknapp dalam laman web kelab tersebut.

QPR yang tersingkir ke liga bawah musim lalu berjaya mendaki ke liga perdana semula musim ini selepas berjaya menumpaskan Derby County dalam perlawanan play-off untuk menentukan slot pasukan ketiga.

Redknapp berkata, dia pada mulanya melontarkan pandangan tentang kebarangkalian untuk mengambil Hoddle kepada Fernandes dan pandangannya itu diterima dengan tangan yang terbuka.

Ini kerana Hoddle memiliki reputasi yang tinggi pernah memimpin di peringkat kelab dan juga negara.

Kali terakhir Hoddle terlibat dengan pengurusan kelab bolasepak ialah dengan Wolverhampton Wanderers pada 2006.

Selepas itu dia hanya melibatkan diri sebagai pengulas dan pengkritik bolasepak dengan stesen televisyen.

Tetapi Hoddle masih tidak meninggalkan dunia bolasepak sepenuhnya kerana dia memiliki sebuah akademi bolasepak untuk remaja.

Sementara itu Hoddle dalam satu reaksi ringkas berkata yang dia menerima pelawaan Redknapp kerana rindukan interaksi harian bersama para pemain dan padang latihan.

"Kejurulatihan adalah dekat di hati saya," ujarnya lagi.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan