Sah Hancur! Dortmund Enggan Lepaskan Mats Hummels Kepada United

Diterbitkan: Selasa, 12 Ogos 2014 7:58 PM

Mats Hummels (tengah) memegang erat Piala Dunia. Dia enggan dilepaskan oleh kelabnya Borussia Dortmund kepada Manchester United.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS mereka gagal memperolehi khidmat kapten Arsenal Thomas Vermalen, yang memilih untuk menyarung jersi Barcelona, kini giliran pengurus  Borussia Dortmund, Jürgen Klopp pula melepaskan 'bom nuklear' ke atas Manchester United dengan mengesahkan yang mereka tidak berhasrat sama sekali untuk melepaskan kapten, Mats Hummels ke Old Trafford musim ini.

Pemenang Piala Dunia berusia 25 tahun itu menjadi sasaran utama United dengan harga tawaran dikatakan mencecah £25 juta.

Pengurus baru United, Louis van Gaal perlu mengukuhkan barisan pertahanannya selepas mereka melepaskan dua pemain bek tengah veteran, Nemanja Vidic ke Inter Milan dan Rio Ferdinand ke QPR.

Bagaimanapun Klopp mengumumkan yang Hummels, masih diperlukan sebagai tunggak belakang utama Dortmund untuk musim akan datang ini dan enggan melepaskannya kepada United.

Naib juara Bundesliga itu telah pun kehilangan pemain utama mereka iaitu Robert Lewandowski kepada Bayern Munich dan enggan kehilangan seorang lagi pemain berstatus bintang.

United pula yang pada mulanya nampak yakin akan memperolehi khidmat Vermalen akhirnya berputih mata apabila Arsenal menuntut supaya United melepaskan Chris Smalling kepada mereka. 

van Gaal enggan tunduk kepada tuntutan itu dan terpaksa melupakan Vermalen.

Dengan memberi keutamaan kepada formasi 3-5-2, van Gaal memerlukan bek tengah yang kuat dan kukuh untuk musim ini yang akan bermula hujung minggu ini.

Malangnya sehingga kini, dia masih gagal menambah koleksi pemain baru ternama untuk posisi berkenaan. 


iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan