Hernandez, Fellaini, Nani, Anderson & Rafael Antara Pemain Yang Akan Dijual

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 9:01 AM

Pengurus United, Louis van Gaal telah mengadakan pertemuan dengan pemain-pemain yang tidak lagi dikehendaki oleh kelab itu untuk musim baru di Carrington, Manchester pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United, Louis van Gaal telah mengadakan pertemuan dengan beberapa orang pemain skuad utamanya di pusat latihan kelab itu di Carrington sekaligus mencetuskan spekulasi yang mereka adalah pemain yang dikenalpasti menjadi lebihan dan akan dijual sebelum musim baru bermula.

Pemain-pemain itu ialah Marouane Fellaini, Wilfried Zaha, Nani, Shinji Kagawa, Will Keane, Rafael, Anderson dan Javier Hernandez atau lebih dikenali dengan nama Cicharito.

Menurut laporan akhbar harian United Kingdom, The Mail, Kagawa bagaimanapun diberitahu oleh van Gaal bahawa dia menjadi pilihan ketiga di belakang Ander Herrera dan Juan Mata di posisi tengah.

The Mail juga melaporkan yang Anderson dan Hernandez dimaklumkan bahawa United bersedia mendengar tawaran daripada mana-mana kelab jika harga yang dikemukakan berpatutan.

Southampton, Inter Milan, Tottenham, Atletico Madrid dan Juventus adalah di antara kelab yang dikatakan berminat untuk membida kedua-dua pemain tersebut.

Napoli pula dikatakan berminat untuk membida Fellaini.

Fellaini adalah satu-satunya pemain yang dibeli oleh pengurus United yang dipecat David Moyes, musim lalu.

The Mail turut menyebut yang sebuah lagi kelab Liga Perdana, Newcastle mahukan Zaha, pemain yang dibeli oleh Sir Alex Ferguson dari Crystal Palace, dua musim yang lalu tetapi gagal menempatkan dirinya sebagai pilihan utama.

Oleh kerana van Gaal lebih cenderung untuk menggunakan formasi 3-5-2, keutamaan United kini ialah untuk mendapatkan dua orang lagi pemain bek tengah selepas sasaran mereka iaitu pemain Arsenal, Thomas Vermaelen membuat keputusan untuk menyertai Barcelona pada Ahad.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan