Glenn Hoddle Ditawar Sertai QPR Sebagai Jurulatih

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 1:17 PM

Glenn Hoddle pernah mengurus skuad kebangsaan England, Chelsea dan Tottenham Hotspur.

(Ubah saiz teks)

BEKAS Pengurus England dan Chelsea, Glenn Hoddle bersiap sedia untuk mengalas tugas baru sebagai jurulatih kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) milik jutawan Malaysia Tan Sri Tony Fernandes.

Hoddle yang bakal menjadi orang kanan pengurus QPR, Harry Redknapp, sepertimana Louis van Gaal, adalah seorang peminat setia formasi 3-5-2.

Hoddle memang dikenali sebagai salah seorang peneraju awal formasi 3-5-2 di era 80-an dalam Liga Perdana Inggeris.

Satu pertemuan antara Redknapp dan Hoddle telah berlangsung di London pada Jumaat lepas bagi membincangkan penyertaannya sebagai salah seorang jurulatih utama.

Laporan oleh media massa Britain berhubung kemungkinan Hoddle, 56, akan kembali ke dunia kejurulatihan telah mengejutkan ramai pihak dan pemerhati bolasepak tempatan kerana dia telah meninggalkan bidang ini hampir lapan tahun.

Malah sebelum ini pun dia dikaitkan dengan Tottenham Hotspur apabila Andre Villas-Boas dipecat sebagai pengurus hujung tahun lalu tetapi tidak menjadi kenyataan apabila jawatan tersebut diserahkan kepada Tim Sherwood.

Walaupun tidak terlibat secara langsung dengan mana-mana kelab bolasepak tetapi Hoddle masih tidak mengenepikan bolasepak secara total kerana dia telah membentuk sebuah akademi bolasepak untuk membantu membangunkan bakat-bakat muda di samping muncul sebagai pengulas bolasepak bersama stesen televisyen Sky Sports dan ITV.

Tetapi andai kata Hoddle menerima tawaran QPR, bermakna inilah buat pertama kalinya dalam tempoh lapan tahun dia kembali ke padang latihan dalam bentuk harian bagi mengendalikan aspek-aspek teknikal dan juga taktikal.

Redknapp, buat masa ini dibantu oleh dua bekas pemain ternama iaitu Kevin Bond dan Joe Jordan.

Sebagai satu daya tarikan, QPR dikatakan bersedia membenarkan Hoddle meneruskan tugasnya sebagai pengulas sukan di Sky Sports dan ITV dengan syarat ia tidak bertembung dengan jadual rasmi tugasnya nanti.

Jika Hoddle bersedia mengalas tugas baru ini nanti, bermakna dia akan berganding bahu semula dengan pemain bek tengah, Rio Ferdinand, 35, yang baru sahaja menyertai QPR dari Manchester United beberapa minggu lalu.

Hoddle adalah orang yang bertanggungjawab memberikan Ferdinand kap pertamanya sebagai pemain kebangsaan England pada tahun 1997.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan