£125 Juta Untuk United Dapatkan Khidmat Tiga Pemain Bintang

Diterbitkan: Ahad, 10 Ogos 2014 9:01 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United sedang berusaha untuk menyambar tiga pemain hebat, Arturo Vidal, Angel Di Maria dan Mehdi Benatia dengan nilai perpindahan £125 juta.  

Pengurus United, Louis van Gaal telah diberi lampu hijau untuk berbelanja besar bagi memperbaiki skuadnya pada musim panas ini, dan dia kini sedang menguruskan tugasnya. 

Menurut laporan, dia yakin mampu mendapatkan khidmat pemain Juventus, Vidal, pemain sayap Madrid, Di Maria dan pemain pertahanan Roma, Benatia, tidak lama lagi. 

Vidal telah bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan untuk perpindahannya ke United dan hanya bersetuju jika yuran perpindahan dikekalkan sebelum perjanjian ditandatangani, manakala tawaran £55 juta telah dikemukakan untuk Di Maria.

Madrid mahu dia berpindah kerana dia dirasakan dapat memberikan keseimbangan dan terpulang kepada Van Gaal kini untuk meyakinkan pemain itu untuk berpindah ke Old Trafford.

Tawaran untuk Benatia nampak lebih sukar, apabila Roma terdesak untuk mempertahankannya, tetapi United masih berharap dia dapat bermain dengan skuad mereka.

Van Gaal telah diperuntukkan sebanyak £125 juta untuk membuat semua tawaran.
Tags / Kata Kunci: Van Gaal , Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan