Aksi Persahabatan: Malaysia Kalah Kepada Tajikistan

Diterbitkan: Sabtu, 9 Ogos 2014 7:20 AM

Dollah memulakan tugas pertamanya bersama skuad Harimau Malaya ketika tewas kepada Tajikistan, malam Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh nyata bukan tandingan Tajikistan selepas kalah 1-4 pada aksi persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Central, Dushanbe, Tajikistan pada malam Jumaat.

Majibur muncul wira pasukan yang berada pada ranking ke-124 dunia itu selepas meledak empat jaringan, masing-masing pada minit ke-15, 35', 51' dan 53'.

Penyerang pasukan Johor Darul Ta'zim Mohd Amri Yahyah menjaringkan gol tunggal untuk skuad kebangsaan menerusi sepakan penalti pada penghujung separuh masa pertama perlawanan.

Ia merupakan tugasan antarabangsa pertama Dollah sejak dilantik pengendali baharu skuad Harimau Malaya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 9 Julai lepas.

Beliau menggantikan Datuk K. Rajagobal yang tidak disambung kontrak oleh FAM selepas gagal membawa Malaysia meraih slot ke pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Asia 2015 di Australia.

Malaysia dijangka menentang Jordan pada aksi persahabatan seterusnya, 11 Okt ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan persahabatan itu antara persiapan skuad Harimau Malaya dalam menghadapi Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 yang dijadual berlangsung di Singapura dan Vietnam dari 22 November hingga 20 Disember ini.

Skuad Harimau Malaya berdepan laluan sukar pada kejohanan bola sepak membabitkan negara rantau Asia Tenggara itu selepas diundi dalam Kumpulan B bersama juara bertahan Singapura, juara tiga kali Thailand dan pemenang pusingan kelayakan.

Pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki akan berlangsung di Laos dari 12 hingga 20 Okt ini membabitkan empat negara iaitu Myanmar, Brunei, Timor Leste dan Kemboja bagi merebut dua slot terakhir kejohanan.

Tags / Kata Kunci: Tajikistan , Harimau Malaya , Dollah Salleh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan