Didier Drogba Umum Persaraan

Diterbitkan: Sabtu, 9 Ogos 2014 10:14 AM

(Ubah saiz teks)

DIDIER Drogba mengumumkan persaraannya daripada skuad kebangsaan Ivory Coast selepas menghasilkan 65 gol dalam 104 penampilan.

Penyerang Chelsea itu mengumumkan kejutan berkenaan selepas berpuas hati dengan penglibatannya sebagai ketua pasukan selama ini.

Ketika mewakili Ivory Coast selama 12 tahun, Drogba terlibat dalam kejohanan Piala Dunia sebanyak tiga kali.

Dia yang berusia 36 tahun kembali mewakili Chelsea selepas meninggalkan kelab itu untuk berhijrah ke kelab di China dan Rusia.

"Saya berbangga kerana dilantik sebagai ketua pasukan (Ivory Coast) selama lapan tahun dan membantu negara sendiri di peringkat Piala Dunia.

"Sesuatu yang menyedihkan apabila perlu membuat keputusan untuk bersara daripada skuad kebangsaan.

"Tidak cukup untuk saya mengucapkan terima kasih kepada penyokong diatas sokongan mereka selain memberitahu kesemua gol, penampilan dan kejayaan adalah untuk mereka.

"Saya banyak berhutang budi dengan rakan sepasukan yang membantu selama ini, oleh itu saya mendoakan mereka mencapai lebih kejayaan pada masa akan datang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ivory Coast

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan