Reuben Harap Dapat Pulih Secepat Mungkin

Diterbitkan: Khamis, 7 Ogos 2014 4:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), K. Reuben menyasarkan untuk kembali pulih daripada kecederaan lutut kirinya selewat-lewatnya pada pertengahan aksi Piala Malaysia 2014 yang dijadual bermula 13 Ogos.

Reuben mengakui perlu segera pulih bagi memastikan tempatnya ke dalam skuad Harimau Malaya terjamin memandangkan mereka bakal menyertai Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 yang berlangsung dari 22 Nov-20 Dis di Singapura dan Vietnam.

"Saya tahu ketua jurulatih skuad kebangsaan (Dollah Salleh) hanya akan memilih pemain yang terbaik sahaja ke kejohanan tersebut...Sebab itu, penting bagi saya beraksi dalam Piala Malaysia kali ini bagi mencerahkan peluang saya beraksi pada Piala AFF nanti," katanya.

Dia kini sedang menjalani rawatan pemulihan di Institut Sukan Negara (ISN) selepas menjalani pembedahan di bahagian lutut kirinya yang menghalang dirinya daripada melakukan aktiviti berat.

Dalam pada itu, Reuben yakin skuad Harimau Malaya berpeluang untuk melepasi peringkat kumpulan B Piala AFF Suzuki dengan Malaysia diundi bersama juara bertahan, Singapura; tiga kali juara Thailand dan pemenang pusingan kelayakan kejohanan.

"Ramai peminat menganggap pasukan kita diundi dalam 'kumpulan maut' tetapi bagi saya, peluang kita untuk mara ke peringkat seterusnya tetap ada kerana kita berkemungkinan bertemu pasukan bukan pilihan.

"Terdahulu, pasukan kita perlu memberi fokus dalam setiap perlawanan kumpulan sebelum memikirkan slot ke pusingan berikutnya," kata Reuben yang merupakan penuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tags / Kata Kunci: K.Ruben , ATM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan