Benzema Kekal Bersama Real Madrid - Bola Sepak | mStar

Benzema Kekal Bersama Real Madrid

Diterbitkan: Khamis, 7 Ogos 2014 9:25 AM

Karim Benzema

(Ubah saiz teks)

MADRID: Penyerang Perancis, Karim Benzema mengakhiri spekulasi mengenai masa depannya selepas menandatangani kontrak baharu untuk terus bersama gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid.


Kenyataan itu diumumkan juara Eropah itu, awal pagi Khamis.

Menurut kenyataan pasukan itu, kontrak Benzema akan dilanjutkan sehingga Jun 2019.

“Real Madrid mengumumkan melanjutkan kontrak Karim Benzema bersama kelab ini sehingga 30 Jun 2019, untuk lima musim lagi," kata kenyataan itu.

Kontrak sedia ada Benzema dijadualkan tamat pada musim panas depan.

Penyerang berusia 26 tahun yang beraksi bersama Perancis di Piala Dunia Brazil berhijrah ke ibu kota Sepanyol itu dari Lyon pada 2009.

Tags / Kata Kunci: Karim Benzema , Real Madrid
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan