Man United Belasah Liverpool 3-1, Muncul Juara

Diterbitkan: Selasa, 5 Ogos 2014 10:12 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United berjaya mempamerkan kebangkitan dibawah kendalian Louis van Gaal selepas membenam Liverpool 3-1 dalam perlawanan akhir Piala Juara Antarabangsa di Miami, pagi Selasa.

Menerusi kemenangan itu, ia bermakna, Van Gaal turut berjaya menghadiahkan piala pertama kepada United  selepas kurang sebulan memegang jawatan jurulatih.

Dalam perlawanan sengit antara dua musuh utama Liga Perdana Inggeris itu, Liverpool terlebih dahulu di depan menerusi jaringan penalti ketua pasukannya, Steven Gerrard.

Bagaimanapun perlawanan yang memasuki babak kedua memperlihatkan kebangkitan pemain United menerusi serangan dengan formasi 3-4-2-1.

Tidak perlu menunggu lama, Wayne Rooney berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-55 sebelum Mata menambah jaringan dua minit kemudian.

Kedua-dua pasukan yang dibenar membuat pertukaran pemain lebih daripada tiga kemudian melakukan percaturan semula bagi memastikan kemenangan memihak kepada skuad mereka.

Tindakan Van Gaal memasukkan pemain muda, Lingard pada minit ke-78 bagi menggantikan Herrera ternyata berbaloi apabila pemain itu menyumbat gol ketiga pada minit ke-88.

Menerusi kemenangan tersebut, anak didik van Gaal membawa pulang wang tunai AS$1 juta bersama reputasi dan moral yang tinggi untuk memulakan Liga Perdana Inggeris pada 16 Ogos ini.

Ia dilihat sebagai satu kebangkitan yang memberansangkan apabila United yang menamatkan liga musim lalu ditempat ketujuh kembali menggerunkan lawan pada musim ini.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Liverpool

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan