Kemenangan Mampu Ubah Ranking Malaysia - Aidil

Diterbitkan: Selasa, 5 Ogos 2014 6:53 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kapten kebangsaaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak yakin perlawanan persahabatan menentang Tajikistan di Dushanbe Jumaat ini merupakan peluang untuk perbaiki kedudukan ranking dunia bagi Malaysia.

Pasukan Malaysia kini berada di ranking ke-151 dunia, manakala Tajikistan di tempat ke-124, namun Aidil percaya dengan kebolehan Harimau Malaya.

Sebelum ini Harimau Malaya gagal dalam aksi kelayakan Piala Cabaran AFC buat kali pertama tahun ini dan turut tewas 2-1 dalam perlawanan persahabatan bertemu Estonia pada Jun lalu.

"Kami perlu menang perlawanan ini bagi memperbaiki kedudukan ranking dunia...kami gagal beberapa kali sebelum ini, jadi ini merupakan satu perlawanan moral menjelang aksi Piala Suzuki AFF," jelasnya sebelum berlepas ke Dushanbe pada Selasa.

"Semua pemain mahu mempamerkan aksi terbaik kerana jurulatih Dollah akan memilih pemain bagi aksi Piala Suzuki AFF November ini.

"Saya yakin semuanya akan memberi 100 peratus untuk menang. Ia perlawanan sukar tetapi kami akan cuba yang terbaik."

Jurulatih baharu negara, Dollah Salleh mengekalkan Aidil sebagai kapten pasukan bagi aksi pertama kendaliannya ini.

Dollah berkata, pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) berusia 27 tahun itu dipilih berdasarkan karektor, pengalaman serta kualiti kepimpinan.

"Saya gembira dengan lilitan kapten ini dan harap dapat menjalankan tugas dengan baik kepada pasukan," jelas Aidil.

Tags / Kata Kunci: Mohd Aidil Zafuan , Harimau Malaya , Kapten

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan