Pengurus Liverpool Bertegas Tak Ambil Mario Balotelli

Diterbitkan: Isnin, 4 Ogos 2014 8:12 AM

Mario Balotelli. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Liverpool, Brendan Rodgers menegaskan bahawa beliau tidak akan mengambil pemain Mario Balotelli pada musim panas ini.

Rodgers dikatakan memberi banyak pujian terhadap Balotelli pada minggu lalu, sehingga menimbulkan spekulasi bahawa beliau akan mengambil pemain AC Milan itu.

Media Itali, Sport Mediaset membuat dakwaan bahawa wujudnya rundingan mengenai pengambilan pemain berkenaan melibatkan £14.3 juta (RM77.39 juta).

Pengurus Liverpool itu sudah pun menandatangani penyerang Lille, Divock Origi dan pemain England, Rickie Lambert bagi mengisi ruang selepas perpindahan Luis Suarez, tetapi beliau masih membuat keputusan untuk mengambil seorang lagi penyerang.

Malah Rodgers menegaskan bahawa Balotelli tidak akan datang ke Anfield.

"Saya boleh katakan kepada anda bahawa Mario Balotelli tidak akan masuk ke Liverpool," kata Rodgers pada sidang media pada hari sebelum perlawanan Liverpool menentang Manchester United di Miami.

"Pada sidang media saya yang lepas, saya ditanyakan soalan mengenai Mario Balotelli dan saya bercakap betapa berbakatnya dan betapa cemerlangnya dia sebagai pemain.

"Dan esoknya ia (berita) ditulis seolah-olah kita menandatanganinya.

"Saya hanya memberi persepsi mengenainya sebagai seorang pemain. Ia tidak sepatutnya diterjemahkan sebagai kami akan mengambilnya sebagai pemain," kata Rodgers.




Tags / Kata Kunci: Mario Balotelli , Brendan Rodgers , Liverpool

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan