Piala Asia B16: Harimau Muda Janjikan Yang Terbaik

Diterbitkan: Isnin, 4 Ogos 2014 4:35 PM

Jurulatih Bala memberi penerangan kepada pemain-pemainnya sebelum menjalani latihan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Bawah 16 Kebangsaan, S. Balachandran yakin pasukan bimbingannya berada dalam prestasi terbaik menjelang aksi Piala Asia bermula 6 hingga 20 September ini di Bangkok, Thailand.

Menurutnya, dia tidak bimbang mengenai prestasi pasukannya memandangkan mereka turut beraksi pada Kejohanan Trofi Juara Asia FAM-Frenz 2014 bermula Mei lalu.

"Aksi perlawanan FAM-Frenz itu banyak membantu pemain-pemain meningkatkan corak permainan masing-masing.

"Semakin banyak mereka bermain, semakin baik corak teknikal dan taktikal mereka. 

"Jika tidak ada perlawanan mereka akan menjalani latihan di Akademi Bola Sepak Negara di Gambang," jelasnya ketiga dihubungi mStar Online pada Isnin.

Skuad Harimau Muda D bakal berentap pada aksi separuh akhir pertama Trofi Juara Asia bertemu pasukan Chonburi FC dari Thailand Jumaat ini manakala aksi timbal balik pada 18 Ogos.

Sementara itu, bagi aksi di Bangkok bulan depan, Balachandran amat realistik berdasarkan undian pasukan yang berada dalam Kumpulan A bersama Malaysia.

"Kita bersama dengan Thailand, Oman dan Korea Selatan, malah sedia maklum dengan kelebihan masing-masing.

"Namun saya yakin semua pasukan yang layak beraksi kali ini merupakan skuad terbaik.

"Apa yang penting bagi saya adalah pemain-pemain dapat memberi fokus dan konsisten dalam setiap perlawanan," jelasnya.

Pada tahun lalu, anak didik Balachandran berjaya mencatat sejarah tersendiri dengan menjuarai Piala AFF B16 di Myanmar.

Tags / Kata Kunci: harimau muda D , b16 , malaysia , Piala Asia , Fam-Frenz

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan