Lima Jurulatih Baharu Dalam Saringan Akhir T-Team

Diterbitkan: Ahad, 3 Ogos 2014 7:01 PM

Rozi Mamat

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan berstatus kelab T-Team telah mengenal pasti lima jurulatih baharu yang berpontensi di peringkat saringan akhir bagi mengisi kekosongan Ketua Jurulatih pasukan itu selepas pengendalinya Mohd Azraai Khor Abdullah meletak jawatan pada 25 Julai lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Rozi Mamat berkata namun setakat ini tiada keputusan muktamad yang dikeluarkan pihaknya dan akan mengumumkan dalam masa terdekat.

Katanya selain daripada jurulatih tempatan, pihaknya juga ada menerima beberapa senarai jurulatih dari luar negara bagi mengisi kekosongan tersebut.

"Walaupun telah ada beberapa nama yang dicalonkan untuk menerajui pasukan itu namun setakat ini kita belum mengesahkan siapa yang bakal memimpin pasukan itu.

"Untuk memilih jurulatih bukannya mudah, jadi kita akan mencari mereka yang mempunyai potensi dan komitmen seratus peratus untuk membimbing pasukan itu selepas ini," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Mohd Azraai, 62, mengambil keputusan melepaskan jawatannya sebagai pengendali T-Team berikutan rasa bertanggungjawab kerana gagal membawa dan mengekalkan The Titans dalam saingan Liga Super.

Dilaporkan juga bahawa, penolong Mohd Azraai, Azlan Johar juga dikatakan turut mengikut langkah yang sama.

Rozi berkata beliau telah dimaklumkan bekas pengulas sukan Astro Arena itu juga mahu melepaskan jawatan penolong jurulatih, namun sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang surat peletakan jawatan rasmi daripada Azlan.

"Jadi kita sedang berunding dengan beberapa jurulatih tempatan untuk menggantikan dua jawatan ketua jurulatih dan penolong jurulatih T-Team," katanya.

Dalam pada itu, Rozi turut memaklumkan bahawa pihaknya telah melakukan rombakan barisan pengurusan minggu lepas bagi penambahbaikan berikutan kecewa dengan prestasi pasukan itu meskipun banyak peruntukan telah dibelanjakan.

"Jadi kita telah mengadakan mesyuarat dan telah meminta laporan penuh ekoran kegagalan yang dialami pasukan itu," katanya.
Tags / Kata Kunci: T-Team , Rozi Mamat

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan