Liverpool Mula Belanja £100 Juta Tambah Pemain

Diterbitkan: Jumaat, 1 Ogos 2014 9:58 AM

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL mula membelanjakan peruntukkan pembelian pemain pada musim panas ini sebanyak £100 juta dengan mendapatkan Alberto Moreno dan Javi Manquillo.

Berikutan itu, Ketua Eksekutif Liverpool, Ian Ayre dilaporkan telah diterbangkan ke Sepanyol untuk mendapatkan pertahanan kiri Sevilla berusia 22 tahun iaitu Ayre dengan yuran pemindahan sebanyak £20 juta.

Selain itu, kelab berkenaan juga akan melakukan perbincangan dengan Atletico Madrid untuk meminjam pertahanan kanannya, Manquillo selama dua tahun.

Setakat ini Liverpool telah membelanjakan sebanyak £90 juta bagi mendapatkan Adam Lallana, Rickie Lambert, Dejan Lovren, Emre Can, Lazar Markovic dan Divock Origi.

Pengurusnya, Brendan Rodgers memberitahu, lebih ramai pemain baharu akan tiba selepas skuadnya menunjukkan kebangkitan dan menang dalam perlawanan bertemu Manchester City di New York.

"Kami mempunyai beberapa perancangan untuk dilakukan. Kami perlu mengisi beberapa posisi untuk membentuk sebuah pasukan yang kuat," katanya. 

Close: Liverpool are set to complete a £20m deal for Sevilla's Alberto Moreno

Alberto Moreno.

Tags / Kata Kunci: Liverpool

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan