T-Team Dapatkan Khidmat Bekas Jurulatih Indonesia

Diterbitkan: Rabu, 30 Julai 2014 2:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan bola sepak berstatus kelab, T-Team berhajat menggunakan khidmat bekas jurulatih pasukan bawah 23 tahun Indonesia untuk menggantikan Mohd Azraai Khor Abdullah yang meletak jawatan minggu lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Abdul Rashid Jusoh berkata bagaimanapun status mendapatkan khidmat bekas jurulatih itu dari Sepanyol itu masih di peringkat perbincangan selain pengurusan T-Team juga melakukan perbincangan bersama tujuh jurulatih tempatan termasuk Yunus Alif.

"Kami mengenali bekas jurulatih kebangsaan Indonesia itu melalui Patrich Steve Wanggai (penyerang T-Team)," katanya.

Beliau berkata T-Team mempunyai harapan yang tinggi untuk mendapatkan khidmat jurulatih Sepanyol kelahiran Brazil itu sekiranya segala perbincangan berjalan dengan baik.

Katanya walau apapun, keputusan muktamad pemilihan jurulatih baharu akan diketahui pada esok tentang siapa yang bakal mengisi kerusi panas yang ditinggalkan bekas jurulatih kelahiran Kedah itu.

Menurut Abdul Rashid jurulatih-jurulatih berkenaan mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan ini yang merumitkan pengurusan T-Team sebelum membuat keputusan.

Beliau berkata pada masa ini T-Team yang turun pangkat ke Liga Perdana tahun depan, dalam rangka persiapan untuk menghadapi Piala Malaysia yang akan bermula 13 Ogos ini.

Menurut beliau buat sementara ini, jurulatih pasukan Piala Presiden Terenggganu, Azahari Salim dilantik sebagai pemangku jurulatih T-Team dengan dibantu bekas pemain Terengganu, Azlan Johar.

Beliau berkata pasukan T-Team akan memulakan latihan intensif mulai esok setelah pemain-pemain bercuti rehat menyambut hari raya di kampung halaman masing-masing.


Tags / Kata Kunci: Indonesia , T-team

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan