Luke Shaw Belum Cukup 'Fit' - Van Gaal

Diterbitkan: Selasa, 29 Julai 2014 4:24 PM

Luke Shaw. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

LOUIS van Gaal mengarahkan pemain baharu, Luke Shaw untuk berlatih sendiri di Manchester United berikutan pemain bernilai £28 juta (RM150.92 juta) itu masih belum cukup 'fit' untuk memenuhi standard yang diharapkan beliau.

Shaw, 19, menghabiskan masa dengan sesi latihan pada malam Isnin tanpa anggota pasukannya di FedEx Field di mana ia dilakukan bersama jurulatih kecergasan, Tony Strudwick.

Shaw diberitahu bahawa dia perlu mempertingkatkan usahanya dalam latihan sekiranya mahu menarik perhatian pengurus baharunya.

"Shaw 'okay', tetapi saya sentiasa menjadi jurulatih peribadi yang melihat pemain secara individu dan apa yang mereka perlukan," kata Van Gaal.

"Dia perlu 'fit'... dan dia tidak ''fit' sangat atau tidak cukup 'fit' untuk melakukan apa yang saya mahu."

"Oleh itu, dia perlu berlatih secara individu sehingga dia cukup 'fit'. Saya tidak boleh menentukan berapa lama masa yang akan diambil, tetapi saya akan melihatnya nanti," tambah Van Gaal.




iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan