Chelsea Perlu Jual Seorang Pemain Asing - Jose Mourinho

Diterbitkan: Selasa, 29 Julai 2014 6:34 PM

Fernando Torres. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho dilaporkan berminat untuk mencari kelab baharu buat Fernando Torres secepat mungkin berikutan skuad Chelsea telah melebihi kuota pemain asing yang dibenarkan.

Kepulangan hero Didier Drogba bermakna pasukan itu kini seorang telah melebihi had yang dibenarkan oleh peraturan Liga Juara-Juara dan Liga Perdana berhubung kuota pemain tempatan.

Setiap kelab hanya boleh mendaftarkan 17 pemain asing yang berusia 21 ke atas dalam skuad yang terdiri 25 pemain dan Chelsea ketika ini mempunyai 18 pemain asing.

"Dari kumpulan yang anda harapkan kami sebagai sebuah skuad, saya sebenarnya perlu menghantar seseorang keluar dari pasukan kerana kami mempunyai lebih seorang pemain asing," kata Mourinho.

"Daripada kesemua pemain ini, jika anda fikirkan bahawa mereka akan kekal di sini, anda silap. Salah seorang daripada mereka harus pergi."

Masa Fernando Torres di Stamford Bridge merupakan satu kekecewaan, dan walaupun kehadirannya dari Liverpool untuk £50 juta (RM269.10 juta) pada 2011, kelab itu kini bergelut untuk mendapatkan mana-mana kelab, termasuk kelab yang dinaungi Torres sebelum ini, Atletico Madrid dengan tawaran harga £20 juta (RM107.65 juta), lapor The Telegraph.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Chelsea , Fernando Torres

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan