Adakah Arsenal Tawar £15.8 Juta Kepada Douglas Costa?

Diterbitkan: Ahad, 27 Julai 2014 5:18 PM

Douglas Costa (kanan). Foto AP

(Ubah saiz teks)

ARSENAL dilaporkan mengadakan rundingan sekali lagi bagi mendapatkan penyerang Shaktar Donetsk, Douglas Costa.

Costa, 23, dikatakan tidak gembira untuk terus bermain di Ukraine berikutan keadaan politik di negara itu dan berhasrat untuk berpindah ke kelab lain tetapi pasukannya juga tidak gembira dengan keputusannya itu.

Pada 2011, ketika Costa masih berusia 20 tahun, ejen pemain itu mendakwa Arsel telah membuat tawaran kepada Costa tetapi telah ditolak.

Sekarang kelab itu dikatakan menawarkan £15.8 juta (RM85.12 juta) untuk pemain warga Brazil itu. 

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mendakwa bahawa beliau tidak akan lagi membawa masuk pemain hadapan. 

Bagaimanapun, Wenger terkenal kerana sikap pembohongnya dalam isu perpindahan pemain sebagaimana yang beliau pernah nedakwa tidak pernah mendengar tentang Santi Cazorla, hanya beberapa hari sebelum beliau membawa masuk pemain itu dalam Arsenal.

Douglas Costa sebenarnya memberi kelebihan buat Arsenal sekiranya beliau menerima tawaran itu.

Costa masih di bawah kontrak sehingga 2018 dan baharu berusia 23 tahun pada musim panas ini di mana harga tawarannya melambung tinggi kerana tawaran itu tidak sepatutnya sampai mencecah £15.8 juta dan sekiranya benar, jumlah itu sudah mencukupi.

Costa mengakhiri musim lepas dengan tujuh jaringan dalam kesemua perlawanan untuk kelabnya. - metro.co.uk

Tags / Kata Kunci: Douglas Costa , Arsenal

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan