Arsenal Sahkan Tandatangani Kontrak Dengan Penjaga Gol Colombia David Ospina - Bola Sepak | mStar

Arsenal Sahkan Tandatangani Kontrak Dengan Penjaga Gol Colombia David Ospina

Diterbitkan: Ahad, 27 Julai 2014 9:47 PM

David Ospina.

(Ubah saiz teks)

ARSENAL dalam satu kenyataan di laman web kelab itu mengesahkan telah menandatangani kontrak selama enam tahun tanpa mendedahkan jumlah bayaran dengan penjaga gol Colombia, David Ospina.

Pengurus pasukan itu, Arsene Wenger memberitahu laman web rasmi kelab itu: "David Ospina adalah penjaga gol yang cemerlang, dengan pengalaman yang baik dan rekod prestasi yang memberangsangkan terbukti bersama Nice dan Colombia."

"Dia akan menambahkan kekuatan kepada skuad kami dan kami amat gembira bahawa dia akan menyertai kami."

Ospina merupakan bintang Piala Dunia ketiga yang menyertai Arsenal pada musim panas ini, selepas Alexis Sanchez dan Mathieu Debuchy, masing-masing meninggalkan Barcelona dan Newcastle United. - eurosport.yahoo.com

Tags / Kata Kunci: Arsenal , David Ospina
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan