Dunga Kembali Bimbing Pasukan Brazil - Bola Sepak | mStar

Dunga Kembali Bimbing Pasukan Brazil

Diterbitkan: Rabu, 23 Julai 2014 2:38 PM

(Ubah saiz teks)

BEKAS kapten juara Piala Dunia, Dunga disahkan sebagai jurulatih baharu pasukan kebangsaan Brazil.

Dunga atau nama penuhnya Carlos Bledorn Verri pernah memegang jawatan ini pada tahun 2006-2010 yang menyaksikan skuad bimbingannya ketika itu menjuarai gelaran juara Copa America 2007 dan Piala Konfederasi 2009.

Bagaimanapun, dia dipecat selepas tewas kepada Belanda pada aksi suku akhir Piala Dunia 2010.

Dunga menggantikan Luiz Felipe Scolari yang enggan menyambung kontrak bersama skuad ini selepas membawa Brazil  berada di tangga ke-4 Piala Dunia 2014 baru-baru ini.

Tugas Dunga terakhir sebagai pengurus pasukan Internacional, namun dipecat Oktober lalu.

Ketika bergelar jurulatih Brazil sebelum ini, Dunga mencatat rekod 42 kejayaan, 12 seri dan enam kali tewas.

Tags / Kata Kunci: dunga , Brazil

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan