Arsenal Belanja Hanya £3 Juta Beli Penjaga Gol Colombia David Ospina

Diterbitkan: Rabu, 23 Julai 2014 11:57 AM

Penjaga gol Colombia, Ospina kini milik Arsenal

(Ubah saiz teks)

> Pemain berusia 25 tahun itu akan bersaing dengan Wojciech Szczesny

> Mertesacker, Özil,Podolski tidak dapat bermain dalam Piala Sumbangsih

PENGURUS Arsenal, Arsène Wenger hanya perlu membelanjakan £3 juta untuk memperolehi khidmat penjaga gol Piala Dunia Colombia, David Ospina dari kelab Liga Perancis, Nice.

Pemain yang menyerlah dalam temasya Piala Dunia itu dibeli untuk mengisi tempat Lukasz Fabianski yang telah berpindah ke Swansea City dan kini akan bersaing dengan Wojciech Szczesny untuk tempat pertama skuad.

Ospina, 25, bermain dalam setiap perlawanan bersama Colombia sehingga ke peringkat suku akhir yang menyaksikan mereka tewas kepada Brazil 1-2.

Dia dianggap sebagai salah seorang bakat muda yang menyerlah dalam kejohanan itu.

Wenger sebelum ini telah pun membelanjakan £31 juta untuk membeli penyerang Chile, Alexis Sánchez dari Barcelona sebaik sahaja Piala Dunia selesai dan kemudian membelanjakan £12 juta lagi untuk membawa masuk pemain bek kanan Perancis, Mathieu Debuchy dari Newcastle United.

Cuma dia kini berhadapan dengan isu yang membelenggu kaptennya, Thomas Vermaelen, yang mahu berpindah ke Manchester United.

Pemain pertahanan Belgium itu hanya tinggal setahun sahaja lagi dalam baki kontraknya dan kini mendapati yang dia menjadi pilihan ketiga di belakang Per Mertesacker dan Laurent Koscielny di Arsenal.

Sementara itu Wenger telah memberikan lanjutan cuti rehat kepada tiga pemain Piala Dunianya dari Jerman - Mertesacker, Mesut Özil dan Lukas Podolski – sekaligus bermakna ketiga-tiga mereka tidak akan beraksi dalam pembuka tirai musim ini iaitu Piala Sumbangsih menentang penyandang juara liga, Manchester City di Wembley pada 10 Ogos ini.

Arsenal dijadualkan bertemu Crystal Palace dalam perlawanan pertama liga pada 16 Ogos.


Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger , Arsenal , Ospina , Colombia , Nice

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan