Chelsea, Atletico Madrid Bincang Masa Depan Torres - Bola Sepak | mStar

Chelsea, Atletico Madrid Bincang Masa Depan Torres

Diterbitkan: Selasa, 22 Julai 2014 9:59 AM

Kemungkinan besar Torres bakal dijual kepada Atletico Madrid.

(Ubah saiz teks)

KELAB Chelsea dan Atletico Madrid mengadakan perbincangan bersama mengenai Fernando Torres untuk kembali ke Vicente Calderon.

Wakil dua kelab ini menghabiskan  masa bersama beberapa hari di London berbicara mengenai kemungkinan Torres akan kembali ke Atletico.

Chelsea menetapkan nilai perpindahan berjumlah 13 juta pound (RM70.41 juta) harga untuk Torres yang dibeli dari Liverpool empat tahun lalu dengan harga 50 juta pound (RM271 juta), namun Atletico cuba untuk mengurangkan tawaran tersebut.

Ketua Eksekutif Atletico, Miguel Angel Gil Marin akan kembali ke Madrid dalam masa terdekat bagi memutuskan perbincangan tersebut.

Dalam pada itu juga, Chelsea turut berbincang untuk mendapatkan pemain pertahanan Atletico, Joao Miranda.

Penyerang Sepanyol ini dianggap pemain legenda di Atletico selepas dia mencetak 91 gol dalam 244 permainan untuk Atletico ketika masih remaja sebelum berpindah ke Liverpool pada tahun 2007.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan