Manchester United Ada Banyak Dana Dapatkan Pemain Baharu

Diterbitkan: Isnin, 21 Julai 2014 8:18 AM

Edward Gareth Woodward. Foto telegraph.co.uk

(Ubah saiz teks)

NAIB Pengerusi Eksekutif Manchester United, Edward Gareth Woodward menyatakan bahawa pihaknya akan terus mendapatkan pemain baharu pada musim panas ini.

Pasukan dengan gelaran 'The Red Devils' itu dikatakan mempunyai banyak peruntukan malah lebih dari cukup untuk mendapatkan pemain-pemain yang menjadi buruan ramai.

Manchester United nampaknya sudah berhasil apabila mendapatkan Luke Shaw dari Southampton dan pemain warga Sepanyol, Ander Herrera.

Ketika ini, Manchester United disebut-sebut masih memburu pemain-pemain lain seperti Arturo Vidal, Daley Blind, Thomas Vermaelen, malah turut melibatkan Stefan De Vrij.

"Tidak ada anggaran yang ditetapkan. Sumber kewangan kami begitu kukuh. Kami mempunyai dana lebih dari cukup," kata Edward Gareth Woodward.

"Louis van Gaal adalah individu yang melakukan penilaian mengenai sasaran seperti apa yang telah dirancangkan dan kami akan terus melakukan rundingan, jadi banyak perkara yang berlaku bagi pihak dalaman. Kami akan terus melangkah maju bagi mendapatkan sasaran yang ditetapkan," katanya.

"Saya memiliki banyak pengalaman untuk mengadakan rundingan bersama ejen-ejen dan pemain-pemain, Kami secara jelas masih memiliki daya penarik yang amat besar bagi bintang sepak bola di seluruh dunia. Tidak perlu dipersoalkan mengenai perkara itu," tambahnya.


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan