Dunga Kembali Sebagai Pengurus Brazil? Jawapannya Esok...

Diterbitkan: Isnin, 21 Julai 2014 3:44 PM

Brazil akhirnya terpaksa kembali kepada bekas kapten Dunga...

(Ubah saiz teks)

BRAZIL kini dilaporkan bersiap sedia untuk mengumumkan pelantikan bekas kapten dan jurulatih, Dunga sebagai penganti Luiz Felipe Scolari.

Media-media massa Brazil secara terbuka melaporkan yang Persekutuan Bolasepak Brazil (CBF) akan membuat pengumuman itu menjelang Selasa.

Dunga, 50, yang mengetuai pasukannya memenangi Piala Dunia 1994 adalah bekas pengurus Brazil dan memimpin negara itu pada temasya 2010 di Afrika Selatan.

Pada edisi 2010 itu, Brazil mara ke suku akhir sahaja.

Mereka tewas 1-2 di tangan Belanda.

Dunga pertama kali dilantik sebagai pengurus Brazil ialah selepas Piala Dunia 2006 mengantikan Carlos Alberto Parreira.

Sepanjang kariernya sebagai jurulatih Brazil, pasukan kebangsaan itu menang 42 perlawanan daripada 60 perlawanan yang dia kendalikan dan hanya kalah enam perlawanan sahaja.

Di bawah bimbingannya juga, Brazil muncul sebagai juara Copa America pada 2007 dan kemudian Piala Konfederasi 2009.

Selepas kegagalan mara ke separuh akhir Piala Dunia 2010, perkhidmatan Dunga ditamatkan dan tempatnya diganti oleh Mano Menezes.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan