Droga Sedia Kembali Sarung Jersi The Blues - Bola Sepak | mStar

Droga Sedia Kembali Sarung Jersi The Blues

Diterbitkan: Isnin, 21 Julai 2014 12:42 PM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Ivory Coast, Didier Drogba bakal kembali ke Chelsea dengan satu tahun perjanjian, lapor media di Perancis.

L'Equipe menjelaskan Drogba teruja dengan peluang untuk bersama Jose Mourinho di Stamford Brige.

Kelab The Blues hilang penyerang pilihan Demba Ba dan Samuel Eto'o musim baharu ini, dan pemain berusia 36 tahun itu sentiasa bersedia untuk mengisi peluang tersebut.

Drogba pernah beraksi bersama Chelsea pada tahun 2004-2012 sebelum berpindah ke Shanghai Shenhua (2912-2013).

Setahun bersama kelab China itu, Drogba berhijrah ke Galatasaray sehingga kini.

Tags / Kata Kunci: didier drogba , chelsea , galatasaray

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan