Stefan De Vrij Pilihan Pertahanan Tengah Man United - Bola Sepak | mStar

Stefan De Vrij Pilihan Pertahanan Tengah Man United

Diterbitkan: Ahad, 20 Julai 2014 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

PERTAHANAN Feyenoord, Stefan de Vrij  dijangka menolak tawaran ke Lazio bagi membolehkan dia menyertai Manchester United.

Pertahanan tengah Belanda itu juga dijangka akan menjadi pemain pertama ditandatangani Louis van Gaal sebaik sahaja bersama skuad United pada Rabu lepas.

Bintang Feyenoord berusia 22 tahun itu telah bersedia untuk menerima bidaan bernilai £10 juta daripada Van Gaal.

Lazio sebelum ini telah bersedia untuk membida De Vrij, tetapi pemain terbabit terdesak untuk ke United.

De Vrij dilihat tidak begitu cemerlang jika dibandingkan dengan sasaran pertama United iaitu Mats Hummels yang tidak mungkin meninggalkan Borussia Dortmund.

Tags / Kata Kunci: Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan