Liverpool Belanja £100 Juta Cari Pengganti Luis Suarez

Diterbitkan: Sabtu, 19 Julai 2014 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL, buat pertama kali dalam sejarah bersedia berbelanja sebanyak £100 juta dalam tingkap perpindahan sebagai usaha meneruskan rombakan yang dilakukan Brendan Rodgers.

Rodgers ketika ini telah membelanja sebanyak £57 juta untuk mendapatkan Rickie Lambert, Adam Lallana, Lazar Markovic dan Emre Can.

Bagaimanapun, kelab tersebut masih mempunyai baki perbelanjaan £75 juta selepas menjual bintangnya Luis Suarez kepada Barcelona dan dijangka akan menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan empat pemain lagi.

Pengurus Liverpool itu berhasrat untuk membawa  kelab berkenaan ke kelas tersendiri yang lebih maju dan berdaya saing selain menjadi pasukan yang diminati pemain dunia.

Hasrat itu timbul selepas  Rodgers dikatakan tercabar dengan tindakan Alexis Sanchez yang menolak tawaran mereka dan memilih Arsenal.

"Kami gagal menjadi juara musim lalu tetapi berjaya berada dalam Liga Juara-juara Eropah.

"Oleh itu, kami perlu membina sebuah skuad yang benar-benar kuat untuk mencabar pasukan lain," katanya.

Lining up: How Liverpool may look at the start of this coming season

Kesebelasan utama Liverpool yang bakal memberi saingan dalam Liga Perdana Inggeris.


Tags / Kata Kunci: Liverpool , Barcelona

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan