TERKINI: Toni Kroos Sah Milik Real Madrid

Diterbitkan: Khamis, 17 Julai 2014 4:11 PM

Pemain yang menjadi rebutan ramai...Toni Kroos kini sah menjadi milik Real Madrid

(Ubah saiz teks)

PERANCANG utama jentera tengah Jerman, Toni Kroos akhirnya berjaya dimiliki oleh juara Eropah, Real Madrid pada harga perpindahan £24 juta dari Bayern Munich pada Khamis.

Perpindahan itu diumumkan secara rasmi oleh Bayern.

Kroos yang merupakan salah seorang pemain terbaik Jerman pada temasya Piala Dunia dan akan tamat kontrak bersama Bayern menjelang musim panas depan, telah menandatangani kontrak jangka panjang selama enam tahun bersama Madrid.

Sepanjang empat musim bersama Bayern Munich, Kroos telah memenangi tiga kejuaraan liga termasuk piala Liga Juara-Juara Eropah.

Sebelum ini Kroos, 24, dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.

Bekas pengurus United, David Moyes telah dirakamkan beberapa pergi menyaksikan Kroos beraksi di Allianz Arena ketika dia masih lagi memimpin United.

Bagaimanapun, selepas Moyes dipecat oleh United, usaha itu terhenti buat seketika.

Tetapi kini, Kroos telah disahkan milik Real Madrid.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan