Herrera Bakal Jadi Bintang Walau Tak Setanding Kroos Dan Pogba - Bola Sepak | mStar

Herrera Bakal Jadi Bintang Walau Tak Setanding Kroos Dan Pogba

Diterbitkan: Khamis, 17 Julai 2014 10:32 AM

(Ubah saiz teks)

ANDER Herrera bakal menjadi bintang di Manchester United selepas menjadi pemain pertama yang dipilih pengurus baharu kelab ini,  Louis van Gaal.

Namun bekas pemain United, Nicky Butt berkata, bekas pemain Athletic Bilbao yang dibeli dengan nilai 28.4 juta pound itu tidak setanding dengan Toni Kroos dan Paul Pogba.

Pemain Jerman, Kroos kini sedang menghampiri kelab Real Madrid, manakala bekas kelab remaja United, Pogba dinilai 60 juta pound oleh Juventus.

Butt yang kini menjadi salah seorang pegawai jurulatih di Old Trafford mengakui Herrera memerlukan masa untuk berada sama tahap dengan mereka.

"Dia pernah berada di tahap yang kamu hanya akan mengambil catatan kerana dia bukan pemain tengah seperti yang lain," jelas Butt.

"Kamu boleh berbincang mengenai Pogba dan Kroos, namun mereka berdua ini pemain yang sukar dimiliki. Jadi kamu perlu luaskan pandangan dan Herrera adalah satun bonus.

"Dia mempunyai tahap yang boleh bermain di kelab ini dan bagi sedikit masa kepadanya.

"Saya telah melihat beberapa kali dia beraksi dan sangat menakjubkan.

"Dia boleh menjadi mempengaruhi kawasan tengah, jadi kamu perlu bersabar," tambah Butt. 

Tags / Kata Kunci: ander herrera , manchester united

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan