Man United Uji Dua Pemain Muda Bernilai Tinggi

Diterbitkan: Rabu, 16 Julai 2014 4:13 PM

Ogo (kiri) dianugerahkan kasut emas selepas muncul sebagai penjaring gol terbanyak dalam satu kejohanan di England.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United memanggil pemain muda bernilai dari Watford untuk pemilihan kelab itu.

Ogo Obi, 16, sebelum ini turut dipantau oleh Liverpool dan Arsenal selepas berjaya menjaringkan 10 gol dalam lima perlawanan melibatkan satu kejohanan.

Berikutan itu, Obi akan menjalani latihan di Carrington bersama skuad United dalam tempoh terdekat.

Bimbang dengan minat United, Watford cuba menawarkan skim biasiswa kepada pemain muda itu selain kontrak sebagai pemain profesional selama setahun.

Selain itu, pemain muda Benefica, Joao Fellipe, 15, (gambar bawah) dilaporkan telah tiba di Carrington pada Selasa untuk menjalani latihan.

Sneak peek: Benfica starlet Joao Filipe makes his way into United's training ground at Carrington

Pemain sayap terbabit merupakan bakat muda yang bakal digilap dan menjadi bintang United selepas ini.

Dia turut diminati oleh Real Madrid, Chelsea, Arsenal, Barcelona dan Liverpool.

Top signing: Joao Filipe (seconjd right) grabs a lift into Manchester United's training complex at Carrington

Seorang lagi pemain muda yang turut menjalani latihan bersama skuad United ialah Joao Viginia yang merupakan penjaga gol.



Tags / Kata Kunci: Manchester United , Benefica

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan